Pelbagai Resepi Kek di PelbagaiResepiKek.blogspot.com

Sunday, December 22, 2013

7:00 AM | by Pelbagai Jenis Kek | Categories: , , , , | No comments

Resepi Kek Red Velvet

resepi kek red velvet

Bahan-bahan untuk membuat kek red velvet
  • 2 cawan tepung kek **
  • 2 sudu besar serbuk koko**
  • 1 sudu kecil serbuk penaik **
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat **
  • 1 sudu kecil garam **
  • 1 cawan buttermilk - boleh didapati di kedai bakeri atau tesco
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu besar esen vanila  

Topping
  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar jus lemon  

Cara-cara membuat kek red velvet
1. Satukan semua bahan yang bertanda ** ke dalam mangkuk dan gaul hingga rata. Ketepikan.

2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan gula, minyak dan telur. Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan di no. 1 tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.

3.Griskan loyang dengan sedikit butter dan tepung, tuang adunan dan bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah C.

4. Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek.

0 comments:

Post a Comment