Pelbagai Resepi Kek di PelbagaiResepiKek.blogspot.com
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

12:10 AM | by Pelbagai Jenis Kek | Categories: , , , | No comments

Resepi Kek Keju Meleleh

http://pelbagairesepikek.blogspot.com/


Bahan-bahan Kek
6 keping slice cheese kraf
250ml susu segar 
100g butter
100g gula halus
110g tepung superfine
6 biji telur
1 sk esen vanilla

Cara-cara Kek
1. Siat-siatkan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, dan panaskan bersama  susu segar, biarkan sehingga slice cheese menjadi cair.
2. Kemudian masukkan butter sehingga cair.( tak perlu mendidih) Biarkan sejuk sekejap.
3. Asingkan putih telur dengan kuning telur. Kemudian pukul putih telur bersama gula hingga bertanduk atau meringue, telur telah berubah menjadi kilat dan likat. 
4. Bekas yang lain pukul kuning telur bersama dengan esen vanilla hingga kembang.
5. Masukkan susu segar, slice cheese dan butter yang telah dicair tadi kedalam adunan telur kuning tadi dan kacau menggunakan whisk hingga sebati.
6. Ambil 1/3 daripada putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jangan over, adunan agak ringan dan pekat)
7. Alas loyang dengan baking paper, kemudian tuang adunan kedalam loyang dan bakar secara waterbath.
8. Bakar pada suhu 160c selama 50 minit.
9. Apabila masak sejukkan dulu kek, kemudian potong tengah dua bahagian menggunakan pisau pemotong roti.

Bahan-bahan Topping
500g cream cheese
150g gula icing
1/4 sudu teh garam halus 
100g whipping cream 

Cara-cara
1. Pukul whipping cream hingga kembang, kemudian ketepikan.
2. Pukul cream cheese, gula icing dan garam hingga sebati.
3. Masukkan whipping crem yang telah diputar tadi dalam adunan cream cheese dan kacau hingga sebati.
4. Sapukan pada seluruh permukaan kek, kemudian hiaskan dengan cheese parut diatas cream cheese tadi.


Sumber : http://pasticuba.blogspot.com

Sunday, December 22, 2013

6:17 PM | by Pelbagai Jenis Kek | Categories: , , , , | No comments

Resepi Kek Batik



resepi kek batik



Bahan-bahan membuat kek batik

- 250g butter
- Milo paket kecil
- 1 paket iskut Marie
- 1 sudu besar esen vanilla
-  1/2 tin susu pekat manis


Cara membuat biskut Marie

1. Masukkan butter, milo dan susu ke dalam periuk, letak di atas dapur. Dengan menggunakan api sederhana, kacau campuran bahan-bahan dengan laju sehingga cair.
2. Apabila hampir menggelegak masukkan biskut Marie dan esen vanilla. Kacau untuk seketika. Jangan kacau terlalu lama.
3. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang. Ratakan.
4. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk selama 4 jam.

Resepi Coklat Kek Moist

resepi kek coklat moist


Bahan-bahan untuk membuat kek coklat moist

- 3 biji telur gred A
- 1 tin susu cair
- 375g butter
- 2 cawan gula castor
- 1 cawan serbuk koko
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil esen vanilla


Cara membuat kek coklat moist

1. Masukkan butter ke dalam periuk dan cairlan dengan api sederhana.
2. Kemudian masukkan susu cair. Kacau hingga sebati.
3. Kemudian masukkan gula dan esen  vanilla. Kacau. Ketepikan untuk sementara.
4. Di dalam bekas yang lain, pukul telur hingga agak-agak kembang.
5. Kemudian masukkan telur ke dalam adunan tadi sedikit sedikit dan kacau.
6. Selepas itu masukkan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Gaul hingga sebati.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang yang digris dengan butter. Tutup permukaan atas loyang dengan foil supaya air dari kukusan tidak menitik di atas kek.
8. Kukus kek hingga masak. Sebelum itu pastikan kukusan di panaskan terlebih dahulu.


Bahan2 coklat ganache :

- 300 gram dark coklat/coklat masakan
- 150 ml whipping cream
- 1 sudu besar butter


Cara-cara membuat coklat ganache :

1. Cairkan coklat guna kaedah double boiler, kemudian masukkan butter. Kacau hingga larut.
2. Kemudian masukkan whipping cream. Kacau.
3. Tuang ke atas kek yang telah masak.
7:00 AM | by Pelbagai Jenis Kek | Categories: , , , , | No comments

Resepi Kek Red Velvet

resepi kek red velvet

Bahan-bahan untuk membuat kek red velvet
  • 2 cawan tepung kek **
  • 2 sudu besar serbuk koko**
  • 1 sudu kecil serbuk penaik **
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat **
  • 1 sudu kecil garam **
  • 1 cawan buttermilk - boleh didapati di kedai bakeri atau tesco
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu besar esen vanila  

Topping
  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar jus lemon  

Cara-cara membuat kek red velvet
1. Satukan semua bahan yang bertanda ** ke dalam mangkuk dan gaul hingga rata. Ketepikan.

2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan gula, minyak dan telur. Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan di no. 1 tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.

3.Griskan loyang dengan sedikit butter dan tepung, tuang adunan dan bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah C.

4. Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek.