Pelbagai Resepi Kek di PelbagaiResepiKek.blogspot.com
Showing posts with label pelbagai jenis kek. Show all posts
Showing posts with label pelbagai jenis kek. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

6:17 PM | by Pelbagai Jenis Kek | Categories: , , , , | No comments

Resepi Kek Batik



resepi kek batik



Bahan-bahan membuat kek batik

- 250g butter
- Milo paket kecil
- 1 paket iskut Marie
- 1 sudu besar esen vanilla
-  1/2 tin susu pekat manis


Cara membuat biskut Marie

1. Masukkan butter, milo dan susu ke dalam periuk, letak di atas dapur. Dengan menggunakan api sederhana, kacau campuran bahan-bahan dengan laju sehingga cair.
2. Apabila hampir menggelegak masukkan biskut Marie dan esen vanilla. Kacau untuk seketika. Jangan kacau terlalu lama.
3. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang. Ratakan.
4. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk selama 4 jam.
7:39 AM | by Pelbagai Jenis Kek | Categories: , , , | 1 comment

Resepi Kek Pelangi


resepi kek pelangi

Bahan-bahan membuat Kek Pelangi

1/2 cawan tepung gandum
1 cawan butter
1 cawan gula
1 cawan susu cair
3 biji telur gred A
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
3 atau 4 pewarna yang berlainan warna


Cara-cara membuat kek pelangi.

1. Tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder diayak dan diketepikan.
2. Di dalam bekas yang lain pukultelur dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan gula dan pukul sampai sebati dengan kelajuan sederhana.
3. Masukkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
4. Kemudian masukkan susu cair dan esen vanilla. Pukul sampai sebati.
5. Selepas itu,bahagikan adunan kepada 4 bekas. Masukkan pewarna yang berlainan ke dalam setiap bekas.
6.  Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan butter secara berselang seli. Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah C selama 40 minit atau hingga masak.

6:09 AM | by Pelbagai Jenis Kek | Categories: , , , , | No comments

Resepi Kek Mentega

pelbagai jenis kek
















Bahan-bahan

250g mentega
200g gula kastor
5 biji telur (gred A)
210g tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
60ml susu segar



Cara-cara membuat kek mentega

1. Putar gula dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan putar hingga sebati.
 

2. Ambil putih telur dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh apabila diterbalikkan.

3. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kembang.

4. Kemudia masukkan kuning telur sebutir demi sebutir dan sambil terus diputar hingga sebati dan gebu.
 

5. Perlahankan putaran. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu.

6. Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan.

7. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik dengan spatula hingga sebati.

8. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang digris dengan mentega.

9. Bakar dalam oven pada suhu 180 °C selama lebih kurang 50 minit.